Emas 400m gaya bebas milik Malaysia

Emas 400m gaya bebas milik Malaysia

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Acara renang Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) Brunei Darussalam 2015 hari ini mempertandingkan sejumlah lapan pingat emas, 8 pingat perak dan 8 pingat gangsa dari lapan kategori acara.

Hanya satu kategori melibatkan perenang dari Brunei Darussalam iaitu 400 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki. Pasukan negara menduduki tempat keenam daripada enam pasukan bersaing di peringkat akhir berkenaan.

Pingat emas menjadi milik pasukan Malaysia, manakala Indonesia memenangi pingat perak dan Singapura berpuas hati meraih pingat gangsa.

Welson Sim (tengah) dari Malaysia bersama pemenang pingat perak dan gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki.
Welson Sim (tengah) dari Malaysia bersama pemenang pingat perak dan gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki.

pg24_151125_LOGO ASG7

Tujuh lagi kategori ditandingi di peringkat akhir hari ini ialah 200 meter gaya bebas lelaki, 200 meter gaya bebas perempuan, 100 meter kuak lentang lelaki, 100 meter kuak lentang perempuan, 200 meter kuak kupu-kupu lelaki, 200 meter kuak kupu-kupu perempuan dan 400 meter gaya bebas berganti-ganti perempuan.

Hari ini turut menyaksikan beberapa majlis penyampaian pingat untuk kategori yang ditandingi kelmarin bermula dengan acara 400 meter gaya bebas lelaki dan 400 meter gaya bebas perempuan dan diakhiri dengan 100 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dan 100 meter gaya bebas berganti-ganti perempuan.

ARTIKEL YANG SAMA