Emas boleh imbangi kejatuhan ringgit Malaysia

Emas boleh imbangi kejatuhan ringgit Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Emas boleh berperanan sebagai pengimbang kepada kejatuhan ringgit dan menyediakan lindungan nilai yang kukuh untuk mengimbangi kelas aset lain, kata Public Gold Group.

Dalam satu kenyataan Sabtu, pembekal logam berharga itu berkata adalah amat penting untuk mendidik pelabur sedia ada dan yang berminat akan kepentingan emas fizikal sebagai kaedah pelaburan kekayaan dan perlindungan.

Sehubungan itu, Public Gold Group dengan kerjasama POS ArRahnu dan Koperasi Dagang Emas, akan menganjurkan Seminar Tahunan Public Gold di TH Hotel, Kelana Jaya dekat sini, pada 27 Feb ini.

Antara penceramah ialah penulis buku ‘best-selling’ “Essentials of Finance Management” Prof Dr Hassanuddeen Abd Aziz, Ketua Ekonomi IQI Holdings Shan Saeed dan Pengasas/Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Wira Louis Ng.

Seminar yang dibuka kepada umum dengan bayaran pendaftaran RM39 seorang itu akan membincangkan topik seperti kepentingan pengurusan kekayaan dan emas sebagai potensi kekayaan sebenar. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA