Emas Olimpik milik Murray

Emas Olimpik milik Murray

RIO DE JANEIRO, 15 Ogos – Andy Murray menjadi pemain tenis pertama menang dua emas Olimpik bagi perseorangan lelaki selepas menumpaskan pemain Argentina, Juan Martin del Potro 7-5, 4-6, 6-2, 7-5 dalam aksi final penuh dramatik.

Murray menambah kejayaan di Rio selepas menang Olimpik 2012, serta koleksi kejuaraannya pada Terbuka Amerika Syarikat pada 2012 dan 2013 serta juara Wimbledon 2016.

Del Potro, yang memenangi pingat gangsa di London empat tahun lepas berasa begitu kecewa selepas ketewasan itu.

pg24_160816_olympic logo

Pemenang-pemenang bagi acara tenis perseorangan lelaki dalam Olimpik Rio 2016. – AFP
Pemenang-pemenang bagi acara tenis perseorangan lelaki dalam Olimpik Rio 2016. – AFP

Dalam laluan ke perlawanan akhir Del Potro telah menyingkirkan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic pada perlawanan pertama dan Rafael Nadal pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu dalam perlawanan meraih pingat gangsa, Kei Nishikori menewaskan Rafael Nadal dengan dua set berbalas satu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA