Emas pertama ...

Emas pertama Vietnam di Olimpik

RIO DE JANEIRO, 7 Ogos – Hoang Xuan Vinh sudah menamatkan penantian enam dekad Vietnam untuk pingat emas pertama Olimpik awal pagi tadi tetapi dia tidak menunjukkan kegembiraan berlebihan meraikan sejarah dilakukannya.

Pegawai tentera berusia 41 tahun itu akhirnya mencipta tembakan tepat di Olimpik buat Vietnam untuk menafikan Brazil pada hari pembukaan di temasya Rio.

Vinh berpelukan dengan jurulatihnya selepas tembakan hampir sempurna dalam final acara 10m air pistol lelaki.

Dia berdepan penembak kelahiran Sao Paulo, Felipe Almeida Wu yang mendahului selepas pusingan awal.

Penembak Vietnam itu meraih emas dengan kutipan mata keseluruhan 202.5 manakala Wu, yang hampir 20 tahun lebih muda, perak dengan ketinggalan tiga mata.

Hoang Xuan Vinh dari Vietnam (tengah), bergambar ramai bersama pemenang pingat perak Felipe Almeida Wu dari Brazil dan pemenang pingat gangsa, Pang Wei dari  China dalam final acara 10m air pistol lelaki di Pusat Menembak Brazil di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

“Saya sangat bernasib baik, ia adalah emas pertama dalam sejarah Vietnam, saya sangat bernasib baik, terima kasih semua,” katanya. – AFP