Emery: Buktikan kemampuan

Emery: Buktikan kemampuan

PARIS, 22 Nov – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery (gambar atas) yang kini berdepan dengan tekanan menegaskan bintang kelabnya seperti Hatem Ben Arfa dan Jese perlu bersaing untuk membuktikan mereka layak berada di padang.

Jurulatih Sepanyol yang menggantikan Laurent Blanc pada Julai lalu melalui saat sukar setibanya dalam saingan liga Perancis.

Pasukannya kini hanya menduduki tempat ketiga Ligue 1 dan akan berdepan saingan sukar menentang Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara, pada awal pagi Khamis ini.

Emery dalam satu temuramah memberitahu AFP bahawa pemilik PSG dari Qatar mengarahkannya untuk melakukan kerjanya dengan “teliti” bagi menjadikan kelab itu hebat.

Emery menjadi tumpuan terhadap penolakannya terhadap pemain baru yang ditandatangani seperti Ben Arfa dari Nice, pemain import Real Madrid Jese dan pertahanan Belgium, Thomas Meunier.

Muka baru lain di PSG juga tidak ada seorang pun yang menjadi muka tetap dalam kesebelasan utama.

“Mengambil pasukan yang sudah mempunyai identiti, falsafah permainan sendiri, ia bukanlah mudah. Tidak kisahlah sama ada jurulatih, pegawai atau pemain,” kata Emery kepada AFP.

“Sebilangan pemain yang masuk dan mengadaptasi lebih pantas daripada lain. Hatem Ben Arfa menunjukkan kualiti yang dia ada di Nice tetapi dia sudah bertukar pasukan.

“Hari ini Hatem lebih bagus. Kami sudah berbincang, dia faham yang dia perlu lebih baik dalam beberapa perkara bagi membolehkan dia beraksi.

“Dia akan memperoleh peluangnya untuk mempamerkan banyak benda bagus di padang. Itu adalah apa yang saya mahukan daripadanya dan pemain lain.”

“Saya gembira apabila pemain terbabit dalam pasukan. Itulah keadaan fikiran yang anda perlukan dan keadaan seperti itu baik dalam pasukan ini.”

Emery berkata semua pemain baru perlu menggunakan setiap minit beraksi yang mereka miliki untuk membuktikan kedudukan mereka.

“Beraksi bagi 10, 15, 20, 30 atau 45 minit adalah peluang untuk mendapatkan masa tambahan dalam perlawanan seterusnya. Anda perlu bersabar. Pemain yang beraksi dan melakukan perkara bagus akan memenangi minit dan boleh memperbaiki. Seorang pemain yang tidak hadir mempunyai latihan untuk ditunjukkan kepada saya, dia bersedia untuk beraksi.”

Menurut Emery, semua orang perlu mendapatkan penghormatan di bilik persalinan.

“Seramai 25 pemain dalam kumpulan mendengar jurulatih. Tetapi mereka perlu mendengar 100 peratus. Apabila itu kesnya, bermakna kami mendapat semua penghormatan mereka.

“Saya suka bercakap bersama pasukan kerana penting untuk berkomunikasi. Itu adalah apa yang saya maksudkan apabila saya bercakap mengenai rasa hormat.”

Emery berada di bawah tekanan selepas tewas dua daripada tujuh aksi pertama dalam persaingan Ligue 1 mereka. Mereka menang lima perlawanan dan seri sekali dalam perlawanan mereka sejak itu dan Emery menegaskan perkembangan telah dihasilkan.

“Dalam liga kami tewas dua perlawanan seperti sepanjang musim lalu. Tetapi perkembangan boleh dilihat dalam perlawanan selepas itu dan cara pasukan melaksanakannya di atas padang. Dalam perkara ini, perkembangan nampak bagus.

Ben Arfa (kanan) berjabat tangan dengan pemain Marseille Lassana Diarra selepas aksi Ligue 1 mereka di stadium Parc de Princes tamat pada 23 Oktober lalu. Unai Emery yang berdepan dengan tekanan menegaskan Arfa dan rakannya yang lain perlu bersaing untuk membuktikan mereka layak menganggotai kesebelasan utama skuad PSG. – AP
Ben Arfa (kanan) berjabat tangan dengan pemain Marseille Lassana Diarra selepas aksi Ligue 1 mereka di stadium Parc de Princes tamat pada 23 Oktober lalu. Unai Emery yang berdepan dengan tekanan menegaskan Arfa dan rakannya yang lain perlu bersaing untuk membuktikan mereka layak menganggotai kesebelasan utama skuad PSG. – AP

juara

“Kami tidak memulakan dengan cara terbaik, tetapi saya percaya keputusan akan datang. Pasukan faham bagaimana kami seharusnya beraksi.”

Emery yang mengharapkan lebih dan tahu dia perlu menghasilkan kejayaan berkata: “Kami adalah pasukan yang kuat, cuma banyak persaingan. Cara kami berkesan dan lebih baik hari ini berbanding dua bulan lalu.

“Saya tahu lebih lagi mengenai pasukan tetapi saya perlu mengenali mereka lebih baik. Proses ini berterusan sehingga sepanjang musim.”

Emery menempah namanya dengan membimbing Sevilla menjulang tiga gelaran Liga Europa berturut-turut. Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi pula mahu dominasi yang sama dalam Liga Juara-Juara. Emery berkata kejayaan Eropah perlu berdasarkan dominasi Perancis.

“Apabila saya tiba di sini, saya bertanya presiden mengapa dia memilih saya. Dia memberitahu saya: “Untuk melaksanakan perincian.” Pasukan bagus, menang banyak gelaran tetapi dia percaya PSG memerlukan tugasan yang terperinci. Sedikit perincian menjadikan skuad lebih baik dan memenangi lebih banyak.”

PSG akan bersaing dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara di Arsenal esok dengan mengutip 10 mata sama dengan pesaing London. Tetapi kedua-dua pasukan risau mengungguli kedudukan teratas untuk mendapatkan undian lebih baik dalam pusingan 16 terakhir.

“Liga Juara-Juara jelas begitu penting bagi kelab. Saya rasa kami berada pada landasan yang tepat dalam persaingan ini,” kata Emery.

“Perkara penting ialah laluan yang anda gunakan, tugasan yang dilaksanakan untuk memperbaiki kesemua perincian dan kerja keras untuk menjadikan pasukan lebih baik.

“Liga Juara-Juara mempertaruhkan keupayaan pasukan dan tidak terdapat seperi kejuaraan kebangsaan. Anda perlu konsisten dalam lebih 38 perlawanan.

“Sudah tentu kami perlu memenangi Ligue 1. Ia membantu kami untuk bersedia lebih baik bagi Liga Juara-Juara.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA