EMI BSP hulur bantuan generator, barangan asasi

EMI BSP hulur bantuan generator, barangan asasi

Oleh Normazlina M.D

 

KUALA BELAIT, 22 Mei – Salah sebuah keluarga yang tinggal di kawasan Merangking telah menerima sumbangan berupa generator dan barangan dapur daripada East Maintenance and Integrity (EMI), Brunei Shell Petroleum (BSP), baru-baru ini.

Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan kepada keluarga Awang Idup ialah Pengurus East Asset, Paul Van Den Hemel.

Sumbangan itu merupakan sebagai salah satu projek EMI Welfare Team yang bertujuan membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan dalam kesusahan, yang mana sebelum ini, EMI juga pernah mengadakan projek membaik pulih rumah Awang Idup di kampung tersebut.

Paul Van Den Hemel (tengah) menyampaikan sumbangan berupa makanan asasi dan generator kepada Awang Idup di kediamannya, baru-baru ini.
Paul Van Den Hemel (tengah) menyampaikan sumbangan berupa makanan asasi dan generator kepada Awang Idup di kediamannya, baru-baru ini.

Keluarga Awang Idup menerima generator yang ditaja oleh pengurus East Asset, manakala sumbangan barangan asasi hasil tajaan East Maintenance & Integrity Welfare Team.

Menerusi bantuan itu, pengurus East Asset berharap projek amal seperti ini akan dapat dilakukan secara berterusan dan bekerjasama dengan pihak luar dalam membantu masyarakat di negara ini yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan bantuan seperti ini.

ARTIKEL YANG SAMA