EMI, BSP hulur sumbangan kepada 10 buah keluarga

EMI, BSP hulur sumbangan kepada 10 buah keluarga

Oleh Normazlina M.D

 

KUALA BELAIT, 24 Jun – Di bulan Ramadan ini, pelbagai bentuk sumbangan telah dihulurkan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan bagi mendapatkan pahala yang berlipat ganda.

Baru-baru ini, East Maintenance and Integrity (EMI) dan Brunei Shell Petroleum (BSP) telah mengadakan sumbangan kepada lebih 10 buah keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman Kampung Sukang, Ulu Belait.

Penyampaian sumbangan barangan itu merupakan salah satu aktiviti Pasukan Kebajikan EMI bersempena bulan Ramadan, untuk membantu keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Semasa penyampaian sumbangan diadakan di salah sebuah rumah panjang di Kampung Sukang.
Semasa penyampaian sumbangan diadakan di salah sebuah rumah panjang di Kampung Sukang.
Sumbangan berupa makanan, bahan masakan, dan pakaian dibawa naik oleh ahli-ahli Pasukan Kebajikan EMI.
Sumbangan berupa makanan, bahan masakan, dan pakaian dibawa naik oleh ahli-ahli Pasukan Kebajikan EMI.

Pada kali ini, Pasukan Kebajikan EMI turut bekerjasama bersama Kumpulan Pacuan Empat Roda yang dikenali sebagai ‘TTK 4×4’ dalam sama-sama menghulurkan sumbangan berupa makanan, bahan masakan, pakaian dan wang ringgit di salah sebuah rumah panjang, yang mengandungi lebih 10 buah keluarga di kawasan pedalaman itu.

Hadir menghulurkan sumbangan tersebut ialah Pengurus EMI, Haji Asrul Saniy bin Haji Mohd Arif Lim.

Pihak EMI juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Kampung Sukang, Haji Mohd Noh bersama penduduk Kampung Sukang di atas kerjasama dalam melancarkan acara sumbangan derma kepada mereka yang terpilih.

ARTIKEL YANG SAMA