EMI ceriakan lebih 100 orang kurang berkemampuan

EMI ceriakan lebih 100 orang kurang berkemampuan

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Sebagai salah satu daripada aktiviti untuk mengisi masa lapang musim cuti persekolahan, keluarga dan kanak-kanak yang kurang berkemampuan tidak dilupakan untuk meluangkan masa bergembira sambil beriadah di Taman Permainan Jerudong Park.

East Maintenance and Integrity (EMI), Brunei Shell Petroleum (BSP) kelmarin telah menjemput lebih 100 orang termasuk kanak-kanak, ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan untuk meluangkan masa bersama semasa musim cuti persekolahan di Taman Permainan Jerudong Park.

Lebih 20 rombongan EMI yang diketuai oleh Haji Mohd Asrul Saniy bin Haji Mohd Aarif turut sama-sama meriahkan suasana. Turut hadir ialah Pengurus East Asset, Paul Van Den Hemel.

Kanak-kanak dan keluarga yang terlibat diberi masuk secara percuma ke dalam taman itu untuk menikmati permainan dan berhibur bersama ahli keluarga dan rombongan EMI.

Haji Asrul turut menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Haji Asrul turut menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Pihak EMI, BSP bersama ahli-ahli keluarga yang kurang berkemampuan.
Pihak EMI, BSP bersama ahli-ahli keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, wakil pihak EMI BSP, Haji Asrul turut menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak dan ahli-ahli keluarga kurang berkemampuan yang hadir.

Program ‘Beramah Mesra Bersama Keluarga Yang Kurang Berkemampuan’ ini adalah salah satu program kebajikan yang dikelolakan oleh pihak Kebajikan EMI, BSP yang diketuai oleh Chua Kheng Tat dan berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA