EMI hulur sumbangan

EMI hulur sumbangan

Oleh Normazlina M.D

KUALA BELAIT, 9 Jun – East Maintenance and Integrity (EMI), Brunei Shell Petroleum (BSP) turut mengambil peluang di bulan Ramadan ini untuk beramal dengan menghulurkan sumbangan barang keperluan makanan asasi kepada kira-kira 30 buah keluarga kurang berkemampuan di kawasan Kuala Belait hingga Sungai Liang.

Turut serta dalam rombongan bagi menyerahkan sumbangan berkenaan, baru-baru ini, ialah Pengurus EMI, Haji Asrul Saniy bin Haji Mohd Aarif Lim.

Keluarga-keluarga yang menerima sumbangan berkenaan telah dipilih oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) iaitu keluarga yang kurang berkemampuan dan berhak menerima sumbangan.

Aktiviti ini juga telah melibatkan Persatuan Pacuan 4 Roda yang berkesudian menjadikan kenderaan mereka sebagai pengangkutan ahli-ahli EMI dan terlibat bagi menjayakan acara sumbangan ini dengan lancar.

Salah sebuah keluarga menerima sumbangan barangan keperluan asasi daripada warga EMI.
Salah sebuah keluarga menerima sumbangan barangan keperluan asasi daripada warga EMI.

Di samping itu, ia turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan EMI termasuk East Asset, Supply Chain Management (SCM), Asset Engineering Realibility (AER) dan ahli-ahli keluarga BSP yang turut menyumbangkan derma bagi membantu ahli-ahli keluarga yang kurang berkemampuan berkenaan.
Penyampaian sumbangan barangan ini merupakan salah satu aktiviti Bahagian Kebajikan (Welfare team) EMI bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, yang bertujuan bagi membantu keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan dalam kesusahan.

Sebelum ini, pihak EMI juga pernah mengadakan beberapa projek amal di Kampung Merangking.

ARTIKEL YANG SAMA