Emir Qatar bantu Tunisia AS$1.25 bilion

Emir Qatar bantu Tunisia AS$1.25 bilion

TUNIS, 29 Nov – Emir Qatar hari ini menjamin sokongan kewangan sebanyak AS$1.25 bilion bagi ekonomi Tunisia yang sedang bergelut.

Bercakap semasa persidangan pelaburan di Tunis, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani berkata Qatar akan menyediakan bantuan ‘untuk menyokong ekonomi Tunisia dan memperkukuhkan proses pembangunannya.”

Dia tidak memberi butiran selanjutnya mengenai pakej itu.

“Di Tunisia kami berdepan rakyat yang sedang memutuskan untuk membina negara mereka berdasarkan undian banyak, penuh maruah dan kebebasan manusia,” katanya.

“Adakah kami akan membantu mereka dalam mencapai kejayaan, atau adakah kami akan melihat mereka berdepan kesukaran sendirian?”

(Kiri ke Kanan) Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal; Presiden Perhimpunan Tunisia, Mohamed Ennaceur; Emir Qatar, Tamim bin Hamad al-Thani; Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi; Manuel Valls dan Perdana Menteri Tunisia, Youssef Chahed di pentas semasa majlis perasmian ‘Tunisia 2020’ di Tunis pada 29 November. – AFP

Dia bercakap semasa mesyuarat antarabangsa bagi para pemimpin politik dan perniagaan yang kerajaan Tunisia berharap akan menarik bilion dolar bagi pelaburan yang sangat diperlukan.

Lebih 2,000 pemimpin dari dunia perniagaan, kewangan dan politik – termasuk Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls – sedang menghadiri persidangan ‘Tunisia 2020’.

Para pegawai Tunisia berharap ia akan meletakkan negara itu ‘semula dalam peta pelaburan di Mediterranean’.

Mereka berharap untuk mencari pembida bagi kira-kira 140 projek – dari infrastruktur hingga usaha niaga teknologi tinggi – bernilai sekitar AS$32 bilion (30 bilion euro). – AFP