Empat anggota polis mengaku tidak bersalah

Empat anggota polis mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Empat anggota polis, hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kes curi.

PC 5807 Muhd Mu’izwan bin Kamran, Cpl 4718 Liew Chee Chian, Cpl 4473 Herdey anak Bujang dan L/Cpl 5371 Muhammad Hafizan bin Abdulkhan didakwa bersama-sama mencederakan Inayatullah bin Matasin pada 14 Mac 2016 jam 1 pagi, di Jalan Perayaan Berakas.

pg06_160414_mahkamah logo2

Ketua Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 23 hingga 28 Mei 2016 untuk tarikh perbicaraan keempat-empat tertuduh, dan membenarkan mereka dilepaskan dengan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan, setiap seorang.

Pendakwaan dilakukan bersama Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin dan Pegawai Pendakwa Raya, Ali Amani Nokman.

ARTIKEL YANG SAMA