Empat atlet negara bersaing di Vietnam

Empat atlet negara bersaing di Vietnam

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh BDAF

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Empat atlet muda negara yang terdiri daripada Awang Muhammad Hakeem@Faiz bin Sulaiman, Awang Mohd Wafiq bin Kifli, Dayang Maizurah binti Abdul Rahim dan Dayang Ernie binti Abdul Fattah kini berada di Ho Chi Minh City, Vietnam bagi kejohanan anjuran Badan Olahraga Asia di sana.

Ketika dihubungi Setiausaha Agung Persatuan Olahraga Brunei Darussalam, Awang Mohd Shahjohan bin Haji Shari menegaskan Awang Muhammad Hakeem@Faiz akan menyertai acara pecut 100m dan 200m, Awang Mohd wafiq pula akan menyertai acara lompat jauh, sementara Dayang Maizurah bagi acara pecut 100m dan 200m dan Dayang Ernie bagi acara buang peluru.

Menurutnya rombongan atlet negara telah berlepas semalam dan dijangka berada di sana sehingga selesai kejohanan tersebut pada 7 Jun nanti.

Awang Mohd Wafiq dan Dayang Ernie semasa latihan sesi pemanasan badan di Vietnam sebelum perlawanan.
Awang Mohd Wafiq dan Dayang Ernie semasa latihan sesi pemanasan badan di Vietnam sebelum perlawanan.
Awang Mohd Hakeem menungu giliran untuk masuk ke trek acara 100 meter.
Awang Mohd Hakeem menungu giliran untuk masuk ke trek acara 100 meter.

“Penyertaan ini merupakan penyertaan kepada Program Badan Olahraga Asia dan kita memberikan sasaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian atlit. Sekurang-sekurangnya memecah rekod peribadi masing-masing,” ujarnya kepada media.

Penyerapan kepada kejohanan berperingkat antarabangsa seperti ini jelasnya lagi akan mempersiapkan para atlet untuk berhadapan tekanan mental dan fizikal yang agak berbeza dari perlawanan dalam negara dan serantau sahaja.

“Saya yakin pada masa ini, atlit yang dihantar inilah di antara atlit yg terbaik di Negara Brunei Darussalam dan menyeru supaya setiap pengalaman akan dapat dimanfaatkan bagi pembangunan sukan negara di dalam kejohanan lain di masa akan datang,” tegasnya.

 

ARTIKEL YANG SAMA