Empat buah ke...

Empat buah keluarga terima sumbangan Yayasan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Mangsa-mangsa kebakaran terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan terbaru, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) hari ini menghulurkan sumbangan kewangan kepada empat buah keluarga terdiri daripada 21 ahli yang terbabit dalam kebakaran rumah di Kampung Bukit Puan dan Kampung Pelambayan baru-baru ini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail. Manakala sumbangan diterima oleh ketua keluarga terdiri daripada Awang Tuwat Anak Manggau dan Awang Joharie Anak Tuwat dari Kampung Bukit Puan, Luagan Lalak, Labi manakala dari Kampung Pelambayan pula ialah Dayang Hamidah binti Haji Ali dan Awang Suhairol bin Haji Yahya.

Dayang Hamidah dan Awang Joharie semasa ditemu bual melahirkan rasa bersyukur menerima sumbangan yang menurut mereka akan meringankan lagi beban mereka. Awang Joharie turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Daerah Belait kerana telah memberikan tempat tinggal sementara di Berek Lebuh raya Mumong untuk mereka sekeluarga.

Haji Brahim ketika menyerahkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga.
Haji Brahim ketika menyerahkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga.