Empat cedera bom nekad di Pakistan

Empat cedera bom nekad di Pakistan

KARACHI, 13 Sept – Pengebom berani mati mencederakan empat anggota polis, seorang kritikal, di luar sebuah masjid Syiah di selatan Pakistan ketika negara itu menyambut Aidiladha kelmarin.

Serangan itu berlaku di Shikarpur di wilayah Sindh, sekitar 470 kilometer utara Karachi dan daerah yang sama di mana sekurang-kurangnya 61 terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah masjid Syiah pada 2015.

Pegawai berkata, dua pengebom berani mati cuba memasuki Khanpur Imambargah tetapi dipintas oleh polis.

“Empat daripada orang kami mengalami kecederaan dan salah seorang daripadanya berada dalam keadaan kritikal,” Umar Tufail, seorang pegawai polis tempatan memberitahu AFP.

Tufail berkata doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa pengebom disyaki yang lain, yang cedera apabila cubaan pertama gagal untuk meletupkan dirinya.

Warga muslim Pakistan ketika menunaikan solat Aidiladha di sebuah masjid di Karachi kelmarin. Pengebom berani mati mencederakan empat anggota polis, seorang kritikal, di luar sebuah masjid Syiah di selatan Pakistan ketika negara itu menyambut Aidiladha kelmarin. – AFP
Warga muslim Pakistan ketika menunaikan solat Aidiladha di sebuah masjid di Karachi kelmarin. Pengebom berani mati mencederakan empat anggota polis, seorang kritikal, di luar sebuah masjid Syiah di selatan Pakistan ketika negara itu menyambut Aidiladha kelmarin. – AFP

“Penyerang muncul ketika penduduk sedang berkumpul untuk menunaikan solat Hari Raya. Polis dapat meng-halangnya di pintu di luar masjid,” kata A.D. Khawaja, ketua polis untuk wilayah Sindh.

Pakistan telah dilanda keganasan yang kerap pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebahagian besar yang dilakukan oleh kumpulan Muslim Sunni terhadap minoriti Syiah, yang membentuk kira-kira satu per lima daripada penduduk.

Serangan ke atas Syiah di Shikarpur pada Januari 2015, didakwa dilakukan oleh militan kumpulan Lashkar-e-Jhangvi Sunni, membawa kepada gelombang protes di seluruh negara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA