Empat cedera dalam kemalangan berantai

Empat cedera dalam kemalangan berantai

Oleh Siti Hajar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait selepas cedera parah dalam kemalangan berantai melibatkan empat buah kenderaan di Lebuhraya Seria-Mumong Bypass, pagi tadi.

Beberapa gambar kemalangan itu, yang dilaporkan berlaku pada jam 8:10 pagi, telah tersebar di media sosial. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi mangsa lain mengalami kecederaan di kepala dan kaki, menurut pihak Polis Diraja Brunei.

Dua lagi pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan itu termasuk seorang lelaki berusia 19 tahun tidak mengalami kecederaan dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kemalangan berantai yang berlaku di Lebuhraya Seria-Mumong Bypass.
Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kemalangan berantai yang berlaku di Lebuhraya Seria-Mumong Bypass.