Empat gempa bumi lemah landa Sabah

Empat gempa bumi lemah landa Sabah

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter berlaku pada 11.35 pagi ini 16 km di timur laut Ranau, Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu adalah yang keempat di Sabah dalam tempoh empat jam sejak 7.35 pagi tadi.

Dalam laporan terdahulunya, jabatan itu berkata gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku pada 7.35 pagi 25 km di tenggara Kota Belud.

Gegaran kedua pada 8.40 pagi berukuran 3.2 pada skala Richter pula dikesan berlaku 90 km di barat laut Labuan.

Gegaran ketiga pula dikesan pada 9.16 pagi di utara Ranau dengan kekuatan 2.7 pada skala Richter.