Empat gol CR7 benam Celta Vigo

Empat gol CR7 benam Celta Vigo

MADRID, 6 Mac (Reuters) – Selepas diejek oleh segelintir penyokong, Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya ketika menghasilkan empat gol untuk menjulang Real Madrid ketika membelasah Celta Vigo 7-1, malam tadi.

Pemenang Pemain Terbaik Dunia tiga kali itu memiliki tiga gol lebih berbanding Telmo Zarra untuk muncul penjaring kedua terbanyak dalam sejarah La Liga dengan menghasilkan 252 gol dalam 228 penampilan.

Satu lagi berita baik buat Real apabila Gareth Bale turut menghasilkan satu gol ketika meledak jaringan ketujuh selepas tampil buat kali pertama sejak tersisih enam minggu berikutan kecederaan betis.

Kemenangan itu menjadikan Real hanya ketinggalan sembilan mata dengan pendahulu ketika ini, Barcelona yang hanya akan beraksi menentang Eibar, malam ini.

“Kamu kenal Cristiano dan dia mampu menjaringkan empat gol. Sebab itu dia adalah pemain yang unik,” kata pengurus Real, Zinadine Zidane.

Ronaldo meraikan gol keempatnya semasa perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, sekali gus menjulang Real dengan jaringan 7-1 membenam Celta Vigo. - Reuters
Ronaldo meraikan gol keempatnya semasa perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, sekali gus menjulang Real dengan jaringan 7-1 membenam Celta Vigo. – Reuters

“Ini sebahagian daripada bola sepak yang mahukan. Tetapi dalam masa sama mereka cukup kenal pemain dan sentiasa mahu lebih.

“Pastinya ia sesuatu yang bagus untuk kami tingkatkan lagi prestasi pasukan.”

“Rembatan Cristiano Ronaldo begitu unik,” jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane berkata selepas perlawanan menentang Celta.

Zidane berkata Gareth Bale, yang menjaringkan gol pada kemunculan semula selepas mengalami kecederaan, bersedia untuk pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang AS Roma pada Selasa.

Zidane gembira dengan sambutan pemainnya kepada kekalahan 1-0 hujung minggu lalu dengan Atletico Madrid, keputusan yang hampir menamatkan harapan mereka untuk memenangi kejuaraan.