Empat guru India ‘ditahan’ di Libya

Empat guru India ‘ditahan’ di Libya

NEW DELHI, 31 Julai (AFP) – Empat guru India bekerja di Libya telah ‘ditahan’ ketika mereka cuba untuk pulang ke negeri mereka, menurut New Delhi hari ini, mencetuskan kebimbangan mereka telah ditahan oleh kumpulan Islamic State (IS).

Kementerian luar negeri India mengatakan kumpulan itu ditahan di tempat pemeriksaan sekitar 31 batu dari Sirte lewat semalam dan dibawa ke bandar pantai selatan, yang didakwa dikawal oleh kumpulan jihad itu.

Guru-guru berkenaan yang bekerja di sebuah universiti Sirte, menuju ke Tripoli di mana mereka berhasrat untuk mengejar sebuah penerbangan yang keluar ke negara itu.

Awal tahun ini, IS telah menakluki lapangan terbang Sirte – rumah kepada diktator Muammar Gaddafi yang dibunuh – dalam kejayaan pertama kumpulan tentera itu di Libya.

“Sekitar 11 malam misi kami di Tripoli, mula mengetahui yang empat warganegara India yang ingin pulang ke India, melalui Tripoli dan Tunis, telah ditahan di sebuah pusat pemeriksaan,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Vikas Swarup kepada jurnalis di New Delhi.

“Kami sedang berhubungan dengan ahli keluarga mangsa dan semua usaha telah dilakukan bagi memastikan kesejahteraan dan pembebasan keempat-empat warga India itu.”

Media India melaporkan bahawa kemungkinan kumpulan IS telah menahan guru-guru berkenaan.

Seorang pegawai kanan kementerian itu mengatakan tidak ada individu atau kumpulan yang telah menghubungi atau menuntut tebusan.

ARTIKEL YANG SAMA