Empat lagi ditahan serangan bom Ankara

Empat lagi ditahan serangan bom Ankara

ISTANBUL, 19 Okt – Mahkamah jenayah di Turki mengarahkan penahanan empat orang yang disyaki terbabit dalam pengeboman bunuh diri berkembar di Ankara yang mengorbankan lebih 100 orang, agensi berita Anatolia memberitahu hari ini.

Suspek ditahan dalam jagaan selepas keluar di hadapan seorang hakim pada malam Ahad, didakwa dengan ‘fabrikasi bahan letupan dengan niatuntuk membunuh’ dan ‘cubaan untuk menggugat pemerintahan perlembagaan’, agensi berita rasmi berkata tanpa memberikan apa-apa maklumat lanjut .

Pendakwa yang bertanggungjawab menangani kes itu membebaskan dua suspek lain dan mengeluarkan waran tangkap ke atas sembilan lagi yang dituduh memainkan peranan dalam serangan 10 Oktober lalu, insiden yang paling buruk seumpamanya dalam sejarah Turki.

Pihak berkuasa Turki telah berkata Negara Islam (IS) adalah ‘suspek nombor satu’ bagi pengeboman yang menyasarkan perhimpunan aman pro-Kurdish dan liberal untuk menamatkan permusuhan antara pasukan keselamatan dan pemberontak Kurdish.

Erdogan menyampaikan ucapan semasa pertemuan dengan ketua-ketua kampung di Istana Presiden di Ankara hari ini. - AFP
Erdogan menyampaikan ucapan semasa pertemuan dengan ketua-ketua kampung di Istana Presiden di Ankara hari ini. – AFP

Polis mengesyaki pengebom dua pemuda Turki dari kota Adiyaman di selatan negara ini, kubu kuat militan, menurut laporan media Turki.

Seorang telah dikenal pasti sebagai Yunus Emre Alagoz, saudara kepada lelaki yang melakukan serangan yang sama pada bulan Julai di Suruc, sebuah bandar di selatan Turki sempadan Syria, yang mengorbankan 34 orang.

Seorang lagi dikenal pasti sebagai Omer Deniz Dundar, telah dua kali ke Syria baru-baru ini, kata laporan itu.

Serangan itu telah menimbulkan ketegangan politik ke tahap tertinggi Turki dalam persiapan menjelang pilihan raya mengejut pada 1 November, di negara yang telah menjadi lebih polarisasi berbanding sebelum ini.

Presiden Recep Tayyip Erdogan telah dibebani dengan tekanan, berikutan tokoh-tokoh pembangkang menyalahkan beliau atas serangan itu dari aspek keselamatan dan kegagalan beliau untuk menangani kumpulan IS. – AFP