Empat lagi mayat mangsa feri karam ditemui

Empat lagi mayat mangsa feri karam ditemui

JAKARTA, 23 Dis – Empat lagi mayat ditemui selepas sebuah feri karam di perairan pulau Sulawesi pada hujung minggu, menjadikan jumlah kematian yang disahkan kepada tujuh orang, menurut seorang pegawai hari ini.

Sekurang-kurangnya 70 orang masih disenaraikan hilang selepas feri Marina Baru karam kira-kira 22 kilometer dari destinasi pelabuhan di Siwa pada Sabtu, kata Alamsyah, pegawai pengurusan bencana tempatan.

Empat mayat tersebut, termasuk dua anak damit, ditemui semalam, kata Alamsyah, yang menggunakan satu nama.

Anggota penyelamat dan tentera mengangkat mayat mangsa feri Marina Baru yang karam di hospital Shiva di Wajo, di wilayah Sulawesi, Indonesia. – Reuters
Anggota penyelamat dan tentera mengangkat mayat mangsa feri Marina Baru yang karam di hospital Shiva di Wajo, di wilayah Sulawesi, Indonesia. – Reuters

Empat puluh satu orang terselamat dalam nahas itu, tetapi hanya dua daripada mereka terselamat ditemui semalam, menjurus kepada kebimbangan bahawa kebanyakan para penumpang lain maut.

Feri gentian kaca itu berlepas pada pagi Sabtu dari Kolaka di Sulawesi Utara menuju ke Siwa dalam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa enam jam.

Anggota krew menghantar isyarat kecemasan selepas ombak besar merosakkan feri dan menyebabkan enjinnya berhenti, kata pegawai-pegawai. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA