Empat marin maut dalam amukan lelaki bersenjata

Empat marin maut dalam amukan lelaki bersenjata

CHATTANOOGA, AS, 17 Julai – Seorang lelaki bersenjata berusia 24 tahun melepaskan tembakan ke arah dua buah pusat ketenteraan Amerika Syarikat di Tennessee semalam, mengorbankan empat orang anggota marin dalam amukan yang menurut para pegawai sedang disiasat sebagai tindakan ‘keganasan domestik’.

Penembak itu yang dikenal pasti oleh FBI sebagai Mohammod Youssef Abdulazeez, 24 tahun – terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan pihak polis.

Tiga orang tercedera – seorang pegawai polis, seorang rekrut Angkatan Tentera Marin dan seorang kelasi tentera laut.

Kejadian di bandar Chattanooga itu pernah menjadi tempat peringatan jelik kejadian penembakan maut lain di tapak ketenteraan AS, termasuklah amukan 2009 di Fort Hood yang mengorbankan 13 orang dan serangan 2013 di limbungan Angkatan Tentera Laut di Washington yang mengorbankan 12 orang.

Ia juga berlaku ketika kebimbangan dirasakan tentang ancaman yang diperlihatkan oleh penyerang-penyerang ‘penyendiri’ di AS, meskipun motif serangan semalam tidak segera jelas diketahui.

Presiden Barack Obama menyifatkan penembakan itu ‘amat menyedihkan’ dan meminta rakyat Amerika berdoa bagi anggota keluarga mangsa.

“Tidak dapat difahami apabila melihat apa yang telah berlaku dan cara individu-individu yang bangga berkhidmat untuk negara kita, dilayan,” Datuk Bandar Chattanooga Andy Berke berkata, dengan memberi pujian kepada respons pantas oleh penguat kuasa undang-undang untuk mencegah lebih banyak kehilangan jiwa.”

“Hari ini adalah mimpi ngeri bagi bandar Chagganooga.” – AFP