Empat maut balkoni runtuh

Empat maut balkoni runtuh

ANGERS, Perancis, 16 Okt – Empat orang terbunuh dan 14 lagi cedera apabila sebuah balkoni runtuh di barat Perancis ketika sekumpulan muda-mudi menghadiri parti pindah rumah baru, menurut media dan pihak berkuasa tempatan hari ini.

Pihak berkuasa di rantau Maine-et-Loire berkata insiden itu berlaku lewat kelmarin di sebuah balkoni di tingkat tiga dalam bangunan yang baru dibina baru-baru ini runtuh di bandar Angers.

Mereka berkata empat orang terbunuh.

Seorang jurucakap bagi University Hospital bandar itu berkata 10 orang cedera dalam insiden itu telah dimasukkan ke hospital, salah seorang daripadanya dalam keadaan yang kritikal. Sementara empat yang lain dirawat di sebuah klinik.

Serpihan runtuhan dari balkoni (tengah, bawah) di laman bangunan tempat empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas balkoni runtuh, di Angers, barat laut Perancis. – AFP
Serpihan runtuhan dari balkoni (tengah, bawah) di laman bangunan tempat empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas balkoni runtuh, di Angers, barat laut Perancis. – AFP

Akhbar Ouest France berkata mereka yang berada di balkoni itu adalah para muda-mudi yang menghadiri parti pindah rumah baru.

Pengurus petugas di hospital itu, Michel Pichon, memberitahu radio France Info bahawa kesemua yang cedera ‘itu berusia 20 tahun, sudah pastinya para pelajar’. – AFP