Empat maut bas terbalik

Empat maut bas terbalik

BUCHAREST, Romania, 17 Jun (AP) – Pihak berkuasa berkata empat orang terbunuh apabila sebuah bas yang membawa kanak-kanak dan guru-guru dalam perjalanan ke pesta cerita rakyat terbalik di pusat Romania.

Kementerian Kesihatan berkata seorang kanak-kanak dan tiga orang dewasa terkorban termasuk pemandu.

Kementerian itu mengemaskini jumlah bagi yang tercedera seramai 26 orang, dengan tiga mengalami kecederaan yang serius.

Bas berkenaan membawa kumpulan itu semalam dari bandar timur laut Iasi ke bandar barat Arad untuk menghadiri perayaan tersebut.

Insiden tersebut berlaku berhampiran perkampungan Persani di tengah Romania.