Empat maut pesawat ringan berlanggar di California

Empat maut pesawat ringan berlanggar di California

LOS ANGELES, 17 Ogos (AFP) – Empat orang terbunuh semalam apabila dua buah pesawat ringan berlanggar di selatan California berhampiran sempadan Mexico, lapor media Amerika Syarikat.

Salah sebuah pesawat adalah twin-engine Sabreliner dan sebuah lagi single-engine Cessna 172.

Perlanggaran berlaku berhampiran Lapangan Terbang Brown Field di San Diego, lapor Los Angeles Times.

Nahas tersebut mengorbankan empat orang dan menyebabkan kebakaran hutan kecil, menurut San Diego Union-Tribune.

Setakat ini punca nahas masih belum diketahui dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.

Salah sebuah jentera bomba ketika menghampiri sebahagian bangkai salah sebuah pesawat yang terbabit dalam perlanggaran di ruang udara di selatan California. – Reuters
Salah sebuah jentera bomba ketika menghampiri sebahagian bangkai salah sebuah pesawat yang terbabit dalam perlanggaran di ruang udara di selatan California. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA