Empat maut re...

Empat maut rempuhan lori di Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis, 9 Jan – Seorang warga Palestin merempuh sebuah lori ke dalam sekumpulan tentera Israel di kawasan pelancongan popular di Baitulmuqaddis semalam, membunuh empat orang dan mencederakan 17 yang lain, kata pihak berkuasa.

Pemandu itu juga dibunuh di lokasi yang menghadap ke tempat suci seperti Dome of the Rock dan menyediakan satu pemandangan yang paling menakjubkan di Baitulmuqaddis.

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melawat tempat kejadian berkata dalam satu kenyataan: “Kami tahu identiti penyerang itu, yang sesuai dengan segala tanda-tanda yang disokong IS (kumpulan Negara Islam).”

Pegawai keselamatan Palestin berkata pemandu itu seorang rakyat Palestin berusia lewat 20-an dari kejiranan Jabal Mukaber timur Baitulmuqaddis. Media Palestin menamakannya sebagai Fadi Al-Qanbar.

Polis Israel menyiasat tempat kejadian serangan di Baitulmuqaddis kelmarin.Seorang warga Palestin merempuh sebuah lori ke dalam sekumpulan tentera Israel di kawasan pelancongan popular di Baitulmuqaddis semalam, membunuh empat orang dan mencederakan 17 yang lain. – AP
Polis Israel menyiasat tempat kejadian serangan di Baitulmuqaddis kelmarin.Seorang warga Palestin merempuh sebuah lori ke dalam sekumpulan tentera Israel di kawasan pelancongan popular di Baitulmuqaddis semalam, membunuh empat orang dan mencederakan 17 yang lain. – AP

Lima orang anggota keluarganya telah ditahan untuk disoal siasat, kata polis Israel.

“Pengganas secara berseorangan memandu lori ke dalam sekumpulan tentera yang berdiri di tepi jalan,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

Bertindak balas kepada dakwaan bahawa tentera lambat untuk bertindak balas, tentera mengeluarkan satu video seorang tentera berkata beliau menembak penyerang selepas menyedari ia bukan satu kemalangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA