Empat maut tembakan di hospital Ankara

Empat maut tembakan di hospital Ankara

ANKARA, 24 Jun (AFP) – Seorang pekerja hospital di ibu negara Turki Ankara semalam menembak mati empat rakan-rakannya berikutan pertikaian peribadi, menurut laporan.

Individu, yang bekerja di jabatan farmasi di Hospital Universiti Ankara, ketika itu sedang berbincang bersama beberapa rakan-rakannya semasa di tempat kerja, Agensi Anadolu melaporkan.

Dia kemudian menarik keluar senjata dan melepaskan tembakan, membunuh tiga daripada rakan-rakannya di tempat kejadian, manakala mangsa keempatnya meninggal dunia akibat luka, kata laporan itu.

Pekerja, yang telah dikenal pasti sebagai Enver T., ditahan, memberitahu polis bahawa rakan-rakannya telah menuduhnya mencuri, mendorong beliau mengajukan pistol dan melepaskan tembakan kepada mereka.

Beberapa orang berkumpul di tempat kejadian tembakan di Ankara, Turkey, semalam. Seorang pekerja Hospital Universiti Ankara melepaskan tembakan semalam, membunuh empat orang dan mencederakan beberapa yang lain, lapor media tempatan. - Xinhua
Beberapa orang berkumpul di tempat kejadian tembakan di Ankara, Turkey, semalam. Seorang pekerja Hospital Universiti Ankara melepaskan tembakan semalam, membunuh empat orang dan mencederakan beberapa yang lain, lapor media tempatan. – Xinhua