Empat mayat ditemui dikerat di Sepanyol

Empat mayat ditemui dikerat di Sepanyol

MADRID, 19 Sept – Pengawal Kerajaan Sepanyol semalam menemui mayat empat warga Brazil yang telah dikerat-kerat di sebuah rumah di kampung Pioz, tengah Sepanyol, lapor media Sepanyol.

Dua daripada mangsa adalah kanak-kanak, masing-masing berumur setahun dan empat tahun. Semua mayat telah diletakkan di dalam beg plastik ditinggalkan di dalam rumah itu, yang telah disewa sekitar sebulan lalu.

Pengawal Awam negara itu telah mengesahkan bahawa mereka talah diberitahu oleh jiran kawasan itu, dan memanggil mereka selepas mengesan bau busuk di kawasan itu.

Belum ada sebarang motif terhadap pembunuhan tersebut, namun teori awal mengatakan ia berkemungkinan berkaitan kumpulan geng-geng jahat di kawasan itu. – Xinhua