Empat medik maut, serangan udara di Syria

Empat medik maut, serangan udara di Syria

BEIRUT, 22 Sept – Satu serangan udara di utara Syria mengorbankan empat medik selepas pengeboman sebelum ini, kata kumpulan bantuan semalam, dimana PBB mengumumkan akan menyambung semula penghantaran bantuan yang digantung selepas serangan ke atas konvoi dua hari lepas yang mengorbankan 20 jiwa.

Peningkatan keganasan terhadap pekerja-pekerja kemanusiaan telah memusnahkan gencatan senjata yang berkuatkuasa pada 12 September, dan mencetuskan ketegangan antara arkitek gencatan senjata tersebut iaitu Amerika Syarikat dan Rusia, yang saling menuding jari atas kejadian tersebut.

PBB berkata konvoi bantuan ke kawasan yang diutamakan akan disambung semula, dengan rancangan penghantaran seawal Khamis. “Tanggungjawab kita kepada orang awam adalah tanggungjawab semua pihak dengan bantuan yang semampu kita lakukan,” kata Jan Egeland, pegawai kanan kemanusiaan PBB di Syria. “Kami berharap untuk meneruskan konvoi hari ini dan Jumaat, tetapi masih mempersiapkan dalam jaminan keselamatan.”

Serangan udara terus berlaku di kawasan lain di Syria, dengan aktivis melaporkan sekurang-kurangnya 23 orang awam terbunuh dalam bahagian-bahagian bandar Aleppo yang dikepung dan dikuasai pemberontak berdekatan wilayah Idlib.

Gambar yang disediakan oleh Tentera Pertahanan Syria, White Helmets menunjukkan penduduk cuba membantu mangsa yang terselamat di tengah-tengah runtuhan selepas serangan udara di kejiranan al-Mashhad di bahagian yang dikuasai pemberontak di timur Aleppo, Syria, kelmarin. – AP
Gambar yang disediakan oleh Tentera Pertahanan Syria, White Helmets menunjukkan penduduk cuba membantu mangsa yang terselamat di tengah-tengah runtuhan selepas serangan udara di kejiranan al-Mashhad di bahagian yang dikuasai pemberontak di timur Aleppo, Syria, kelmarin. – AP

Serangan yang mengorbankan para medik itu berlaku tidak lama selepas mereka tiba di tempat kejadian serangan udara di bandar yang dikuasai pemberontak, Khan Touman, Selasa lalu. Apabila medik dikerahkan, pesawat pejuang mengelilingi kawasan tersebut dan mengebom kawasan itu sekali lagi, kata Dr. Oubaida Al Moufti, naib presiden Kesatuan Penjagaan Perubatan dan Kumpulan Bantuan Antarabangsa.

Al-Moufti pada mulanya berkata bahawa lima orang medik terbunuh. Namun kumpulan itu kemudian berkata, dua jururawat dan dua pemandu ambulans maut manakala seorang jururawat ketiga masih dalam keadaan kritikal. Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, sembilan militan, sebahagian daripada mereka daripada kumpulan Fatah al-Sham Front, bersama kumpulan al-Qaeda sebelum ini dikenali sebagai Nusra Front, juga terbunuh dalam serangan tersebut.

Ia tidak jelas siapa yang melakukan serangan itu. Pesawat dari Syria, Rusia dan gabungan yang diterajui AS mensasarkan kumpulan Fatah al-Sham Front, bersama-sama dengan kumpulan Negara Islam (IS) yang telah dikecualikan daripada gencatan senjata itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA