Empat orang pustakawan hadiri INELI-ASEAN

Empat orang pustakawan hadiri INELI-ASEAN

Bandar Seri Begawan– Empat orang pustakawan Brunei telah berlepas ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghadiri ‘International Network of Emerging Library Innovators’ – ASEAN (INELI-ASEAN) 2015, anjuran Perpustakaan Negara Filipina dan dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. INELI-ASEAN dibiayai oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Ketua rombongan pustakawan Brunei yang menyertai mesyuarat INELI- ASEAN ialah Yang Di-Pertua Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam, Dayang Nellie binti Dato Paduka Haji Sunny.

Lebih lima puluh pustakawan dari 10 negara anggota ASEAN yang terdiri daripada Pengarah Perpustakaan Negara, Presiden Persatuan Perpustakaan, para pemimpin perpustakaan, pustakawan profesional muda, fasilitator pembelajaran dan mentor akan membincangkan mengenai tiga tahun pakej latihan.

pgm4_151027_c

Dengan matlamat mewujudkan satu rangkaian serantau baru bagi mempersiapkan para pemimpin perpustakaan awam untuk memupuk kerjasama, mengukuhkan keupayaan dan perkongsian dalam melaksanakan inovasi yang berkaitan untuk mengoptimumkan peranan dan fungsi perpustakaan awam.

Mesyuarat itu juga diharap akan dapat memperbaiki kedudukan perpustakaan awam di dunia sebagai aset masyarakat yang kritikal dan pembekal maklumat melalui program-program dan perkhidmatan yang berkaitan.

ARTIKEL YANG SAMA