Empat pasukan layak ke separuh akhir

Empat pasukan layak ke separuh akhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Empat pasukan telah menempatkan pasukan masing-masing di dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Piala FA Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam.

Sebanyak dua perlawanan telah dilangsungkan hari ini pada perlawanan peringkat suku akhir iaitu Stoneville yang menerima lawatan Mohais FC akur dengan kekalahan di tangan pelawat dengan jaringan 3-4 di Kompleks Sukan Batu Apoi.

Manakala XN FT pula meneruskan rekod tanpa kalahnya hari ini apabila gilirannya membenam Pasukan Rimba Star dengan jaringan 2-6 yang berlangsung di Padang Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas.

Sementara dua perlawanan lainnya telah berlangsung pada Jumaat lalu dengan menyaksikan Pasukan i Team menewaskan Pasukan IKLS di Padang Dewan Kemasyarakatan Kilanas dengan jaringan 7-3.

Pada perlawanan kedua di hari yang sama di Kompleks Sukan Sungai Kebun, Pasukan Al-Idrus membenam harapan Pasukan PSJD apabila menang dengan jaringan 2-5.

Perlawanan suku akhir Piala FA Veteren di antara Pasukan XN FT (merah) dengan Pasukan Rimba Star (hitam).
Perlawanan suku akhir Piala FA Veteren di antara Pasukan XN FT (merah) dengan Pasukan Rimba Star (hitam).