Empat pasukan mara separuh akhir

Empat pasukan mara separuh akhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Empat pasukan akan berentap di peringkat separuh akhir Piala FA Kelab-kelab Bola sepak Veteran Kebangsaan DST 2016.

Sehubungan dengan itu, Majlis Undian bagi kejohanan berkenaan telah diadakan pada hari ini di Pejabat Persatuan Bola Sepak Veteran, Jalan Muara, dimana peringkat separuh akhir bakal berlangsung pada 12 Ogos 2016, jam 4 petang.

Perlawanan pertama akan berlangsung di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas iaitu diantara pasukan Al-Idrus menentang pasukan I team, manakala pasukan Mohais FC pula akan berhadapan dengan pasukan XN FT.

Undian telah dibuat di pejabat VFA dan dicabut oleh pengurus serta perwakilan daripada kelab-kelab bola sepak veteran yang terlibat di dalam perlawanan peringkat separuh akhir berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA