Empat pasukan teruskan aksi pada separuh akhir bola keranjang

Empat pasukan teruskan aksi pada separuh akhir bola keranjang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Empat pasukan mara ke Peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Keranjang Sukan Ria Antara Syarikat 2016 setelah tiga hari perlawanan berlangsung diperingkat suku akhir bermula pada 10 hingga 15 Mei yang lalu.

Istana Maintenance Department menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir untuk bertemu Pasukan Digimark yang mengiringi Pasukan D’Sunlit yang berada di tangga teratas Kumpulan B suku akhir kejohanan kali ini.

D’Sunlit yang mencatatkan kemenangan ke atas Pasukan Digimark pada perlawanan terakhir pada 12 Mei lalu melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir dan akan menentang Pasukan Yuan Thong Enterprise yang menewaskan Pasukan Propel dengan mata 70-72.Separuh akhir akan berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Dewan Bola Keranjang Batu bersurat pada 21 Mei 2016 ini nanti bermula pada jam 7:30 malam.

Aksi Pasukan Yuan Thong Enterprise bersaing dengan Pasukan Propel pada perlawanan tersebut.
Aksi Pasukan Yuan Thong Enterprise bersaing dengan Pasukan Propel pada perlawanan tersebut.