Empat pemberontak FARC maut di Colombia

Empat pemberontak FARC maut di Colombia

HAVANA, 6 Sept (dpa) – Empat pejuang Angkatan Bersenjata Revolusioner Colombia (FARC) dibunuh tentera Colombia dan tiga yang lain mengalami kecederaan, menurut pejabat komander semalam.

Pertempuran berlaku di wilayah timur Meta.

Bulan lepas, FARC mengumumkan pelanjutan gencatan senjata sepihaknya yang diumumkan pada Julai.

Presiden Colombia Juan Manuel Santos menegaskan beberapa kali bahawa kerajaannya akan meneruskan usaha menentang pemberontak sehingga perjanjian damai rasmi dicapai.

Bagaimanapun, beliau juga bersetuju bagi kali pertama pada julai untuk mengurangkan operasi ketenteraan sebagai respons kepada gencatan sejata sepihak yang pemberontakan lakukan dan berkuat kuasa pada 20 Julai.

FARC menentang kerajaan sejak lebih setengah abad, dalam konflik yang dipercayai meragut 220,000 jiwa dan menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal.

Dalam rundingan sejak November 2012, kedua-dua belah pihak sudah mencapai tiga bahagian perjanjian, mengenai pembaharuan pertanian, pembabitan masa depan dalam politik oleh kumpulan gerila itu serta usaha bersama untuk memerangi penyeludupan dadah.