Empat perlawanan Piala Presiden diteruskan

Empat perlawanan Piala Presiden diteruskan

Oleh Hasrulraizan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

TUTONG, 10 April – Pertembungan seteru tradisi, XN FT dengan Al-Idrus merupakan perlawanan tumpuan daripada empat perlawanan Piala Presiden Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan (KBVK) DST Kali Ke-7, 2016 yang berlangsung petang ini di empat tempat berlainan.

Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Tutong (KST) berkenaan, penyandang Piala Presiden, XN FT menang 2-1, hasil dua jaringan pada separuh masa pertama.

Awang Mohd Nadzrin bin Abdullah meledakkan gol pertamanya pada minit ke-28 dan disusuli dengan jaringan Awang Syamra bin Haji Zaini tiga minit sebelum rehat.

Al-Idrus mendapat gol tunggalnya pada minit ke-50 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Awang Mohd Sadiy bin Abdullah.

Di tempat lain, Mohais FC membenam KB Warriors 3-1 di Kompleks Sukan Seria, IKLS Veteran menang tipis 2-1 ke atas Setia Bakti FC di Kompleks Sukan Sungai Kebun dan Wasabi 16 tewas 0-1 kepada Media FC di Sekolah Menengah (SM) Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Tutong.

Perlawanan Piala Presiden di antara Pasukan XN FT dengan Pasukan Al-Idrus.
Perlawanan Piala Presiden di antara Pasukan XN FT dengan Pasukan Al-Idrus.

Awang Dini Hendra bin Mohd Idris menghasilkan hatrik buat Mohais FC selepas berjaya membolosi gawang KB Warriors pada minit ke-33, 41 dan 52 untuk memacu pasukannya di depan dengan jaringan 3-0.

KB Warriors hanya mendapat gol tunggalnya pada minit ke-75 hasil jaringan Awang Hanafi bin Suhaili untuk perlawanan berakhir dengan jaringan 3-1.

IKLS Veteran dan Setia Bakti FC pula bersaing sengit dengan ketiga-tiga jaringan hanya tiba di babak kedua, bermula dengan jaringan Hamdani bin Haji Mohin untuk IKLS Veteran pada minit ke-49.

Adee Suhardi menyamakan kedudukan buat Setia Bakti FC pada minit ke-67 namun sembilan minit kemudian Awang Mohd Sofian mengembalikan pendahuluan satu gol IKLS Veteran yang kekal sehingga perlawanan tamat pada kedudukan 2-1.

Sementara gol tunggal Awang Sufri bin Yahya pada minit ke-42 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat Media FC, menang 1-0 ke atas Wasabi 16.

Keputusan perlawanan pada Jumaat, 8 April pula menyaksikan Riwayat FC tewas 2-4 kepada I-Team, Mix FT menang 3-0 ke atas MPK PB, Stoneville FC membelasah MBS United Veteran 8-1.

ARTIKEL YANG SAMA