Empat polis maut dalam serangan militan di Afghanistan

Empat polis maut dalam serangan militan di Afghanistan

LASHKAR GAH, Afghanistan, 6 Mac (NNN) – Serangan ke atas pusat pemeriksaan keselamatan, yang jelas dilakukan oleh militan Taliban telah meragut empat nyawa anggota polis di daerah Nad Ali di wilayah Helmand selatan semalam, kata seorang pegawai keselamatan.

“Militan Taliban telah menyerang sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di kawasan Naqilabad, daerah Nad Ali, pada awal Sabtu lalu, membunuh empat anggota polis,” kata pegawai itu kepada Xinhua, tetapi enggan dikenali.

Sementara itu, Omar Zwak, jurucakap pentadbiran wilayah Helmand mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan kemalangan jiwa.

Militan Taliban yang telah memerangi tentera kerajaan di beberapa daerah di wilayah Helmand yang bergolak itu tidak memberi komen terhadap kejadian tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA