Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Oleh Anwar Haji Rosly

 

KUALA BELAIT, 22 Dis – Sebuah rumah di Kampung Sungai Bakong, Lumut musnah dalam kebakaran petang ini yang bermula dari tingkat atas rumah berkenaan, mengakibatkan kerugian lebih $100,000.

Pemilik rumah yang malang itu, Awang Faizal bin Haji Metassan dan tiga ahli keluarga beliau kini tinggal sehelai sepinggang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sungai Liang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1:46 petang ini terus mengejarkan tiga buah jentera bomba bersama 13 anggota bomba diketuai ASO Haslan bin Osman dan Stesen Komander Balai Sungai Liang, SO Mohd Ali bin Hassan ke lokasi kebakaran untuk memadamkan api.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut. - Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Pihak bomba berjaya mengawal api dalam masa lima minit dan api dapat dipadamkan sepenuhnya dua jam kemudian.

Menurut bomba, siasatan awal mendapati bahagian atas rumah musnah sementara tingkat bawah yang mempunyai dua buah bilik mengalami kerosakan, termasuk dua buah kereta.

Kerugian harta dan rumah masing-masing dianggarkan berjumlah sebanyak $25,000 dan $80,000.

ARTIKEL YANG SAMA