Empat sekolah terima peruntukan insentif

Empat sekolah terima peruntukan insentif

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Aziz Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Empat buah sekolah menengah telah menerima insentif peruntukan masing-masing bernilai $7,000 sebagai sekolah yang mencapai atau melepasi sasaran 42.5 peratus dan memperoleh 5 ‘O’ Level IGCSE 2015.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna yang berjaya mendapat 55.28 peratus, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah yang mendapat 53.28 peratus, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri dengan 46.15 peratus dan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan yang mendapat 43.5 peratus.

Anugerah insentif kepada sekolah-sekolah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, sebagai wakil kepada Menteri Pendidikan, pada Majlis Penyampaian Anugerah Insentif BC GCE ‘O’ Level /IGCSE 2015, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Sementara itu, kategori kedua Sekolah Khas yang Mengekalkan 100 Peratus Memperoleh 5 ‘O’ Level/IGCSE dan ke atas antara tahun 2014 dan 2015 yang menawarkan insentif bernilai $3,000 diterima oleh Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Timbalan Menteri Pendidikan ketika menyampaikan anugerah insentif kepada para penerima.
Timbalan Menteri Pendidikan ketika menyampaikan anugerah insentif kepada para penerima.

p07-2_20160426

Empat buah sekolah yang menerima anugerah insentif sebanyak $5,000 sebagai sekolah yang mempunyai peningkatan pencapaian memperoleh 5 ‘O’ Level/IGCSE dan ke atas antara tahun 2014 dan 2015 ialah Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Sekolah Menengah Perdana Wazir, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Sekolah Menengah Muda Hashim.

Pada majlis yang sama, tetamu kehormat juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada jurulatih dan fasilitator BPSSL.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi)  Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Prof. Madya Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus, para pengarah, pemimpin sekolah dan pegawai dari Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA