Empat tentera India maut dalam runtuhan salji

Empat tentera India maut dalam runtuhan salji

SRINAGAR, India, 4 Jan (AFP) – Empat tentera India telah terbunuh dalam runtuhan salji di rantau Ladakh Himalaya berhampiran sempadan de facto bersama Pakistan, menurut jurucakap pertahanan hari ini.

Keempat-empatnya maut semasa mereka sedang meronda glasier pada altitud 18,000 kaki (5,500 meter) pada pagi Ahad, kata Kolonel S. D. Goswami.

“Mayat mereka ditemui hari ini,” Goswami memberitahu AFP. Kawasan itu dijadikan sebagai kem pangkalan bagi Siachen Glacier, digelar medan pertempuran paling tinggi di dunia, di rantau Kashmir yang dipertikaikan antara India dan Pakistan.

Runtuhan salji dan tanah runtuh sering terjadi di kawasan itu semasa musim sejuk. Tahun lepas, empat tentera maut apabila kenderaan mereka terkubur di bawah runtuhan berhampiran Leh, bandar utama kawasan gurun beraltitud tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA