Empat tentera terbunuh letupan bom di Aden

Empat tentera terbunuh letupan bom di Aden

ADEN, Yaman, 17 April (Xinhua) – Empat askar terbunuh hari ini apabila pengeboman kereta berani mati melanda pada sebuah pos pemeriksaan tentera berhampiran pintu utama lapangan terbang antarabangsa di bandar pelabuhan selatan Aden, Yaman.

Sementara itu, sebuah kereta samaran yang mengandungi bahan letupan yang banyak telah ditemui berhampiran pusat pemeriksaan tentera di kejiranan Aden, Khor Maksar, hanya beberapa jam selepas letupan bunuh diri berlaku berhampiran dengan lapangan terbang.

Seorang pegawai tentera berkata, pasukan tentera mengepung kawasan itu selepas mendapati kereta penyamaran tersebut, dan ahli pakar telah bertungkus lumus dalam memindahkan kenderaan tersebut ke tempat yang selamat dan mematikan fius bahan letupan tersebut.

Sungguhpun kejadian pengeboman kereta di Aden, beratus-ratus orang dari pro-pemisahan selatan berarak hari ini di dataran awam untuk menganjurkan perhimpunan anti-perpaduan secara besar-besaran bagi menuntut penentuan kemerdekaan bagi kawasan selatan.

Demonstrasi pemisah di Aden bertepatan dengan pusingan baru rundingan damai PBB yang diusahakan antara pihak-pihak yang bertelagah Yaman yang dijadualkan bermula pada 18 April di Kuwait.

ARTIKEL YANG SAMA