Empat teratas bukan lagi harapan

Empat teratas bukan lagi harapan

LEICESTER, United Kingdom, 15 Dis (AFP) – Jose Mourinho menyatakan Chelsea tidak berpeluang untuk menamatkan empat kedudukan teratas Liga Perdana selepas tewas 2-1 di Leicester, semalam sekali gus menyaksikan mereka masih berada di luar zon penyingkiran.

Pasukan Mourinho ketinggalan 14 mata di belakang Manchester United dengan baki 22 perlawanan dan bos Blues itu juga sudah berputus asa dengan harapan pasukan juara itu untuk merapatkan jurang.

Jaringan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez menyaksikan Chelsea tewas buat kali kesembilan dalam 16 perlawanan liga dan sekarang berada hanya satu mata di atas tiga pasukan tercorot.

“Empat kedudukan teratas sudah hilang. Saya tidak menerima kami berada dalam pergelutan penyingkiran,” Mourinho memberitahu Sky Sports. Anda melihat pada carta dan kami berada di sana tetapi anda memikrikan berada dalam pergelutan penyingkiran. Jika anda memikirkan berada di sana bagi tiga atau empat bulan, saya tidak memikirkannya.”

Kesukaran terbaru Chelsea membolehkan Mourinho mengakui dia bertambah kecewa dengan penurunan tersebut yang akan membawa kepada pemecatannya.

Chelsea ketika menentang Leicester City yang berkesudahan 1-2 di Leicester. – Reuters
Chelsea ketika menentang Leicester City yang berkesudahan 1-2 di Leicester. – Reuters

“Apabila sebahagian dari pemain anda tidak mencapai peringkat keupayaan, ia sukar untuk dilihat,” katanya. “Musim ini kami melakukan dengan teruk bagi beberapa alasan, walaupun tidak kesemuanya.

“Kami adalah pasukan terbaik bagi 20 atau 25 minit, mungkin bagi maksimum 30 minit. Kemudian Leicester adalah pasukan terbaik selama sejam.”

Sudah terjejas dengan laporan dia hampir disingkirkan oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich, Mourinho berharap dia memberikan ruang bertenang bagi dirinya selepas membawa pasukan ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara minggu lalu.

Tetapi kekalahan kepada pasukan pendahulu Claudio Ranieri akan menukar kembali kehangatan ke atas Mourinho dan dia memberikan tindak balas dengan ikrar bekerja lebih keras di padang latihan.