Empat terbunuh kebakaran hutan di Australia

Empat terbunuh kebakaran hutan di Australia

PERTH, Australia, 18 Nov (AFP) – Kira-kira empat orang terbunuh dalam kejadian kebakaran hutan di Barat Australia, menurut pihak berkuasa hari ini dengan masyarakat tempatan yang dalam keadaan terkejut mengenang ‘hari dari kesengsaraan.’

Api yang marak yang cepat merebak, akibat kilat, terbakar sekitar Esperance, kira-kira 750 kilometer tenggara Perth, dengan beratus-ratus anggota bomba bertugas 24 jam di tengah suhu yang membakar untuk memadamkan kebakaran serius pertama sebelum musim panas Australia.

“Menyedihkan, pihak polis telah mengesahkan empat kematian,” Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan dan Bomba negeri, Wayne Gregson berkata, dengan menambah kata dua wanita dan dua lelaki, di dalam dua buah kereta berasingan, meninggal ketika cuba lari dari kebakaran.

Salah seorang lelaki yang menemui maut itu dilaporkan seorang petani tempatan yang sedang memandu menuju hartanah berhampiran untuk memberi amaran kepada orang ramai sebelum dia sendiri berusaha lari dari kebakaran. Mangsa-mangsa lain dikatakan pengembara berjalan kaki warga asing tetapi polis tidak mengesahkannya.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk tempatan tentang ancaman segera ke atas kehidupan dan rumah.

ARTIKEL YANG SAMA