Empat wanita asing ditahan dalam ‘Ops Noda’

Empat wanita asing ditahan dalam ‘Ops Noda’

LABUAN, 6 Mei (Bernama) – Polis menahan empat wanita asing yang didakwa menyalahgunakan pas lawatan sosial sambil bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di sini.

Mereka diberkas, bersama-sama seorang lelaki tempatan dipercayai ‘ibu ayam’ dalam Ops Noda pada 11.15 malam, 27 April.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, lelaki itu disiasat kerana didakwa melindungi pendatang asing di premis berkenaan.