Empat warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara

Empat warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara

SINGAPURA, 12 Julai – Singapura hari ini menjatuhi hukuman penjara antara dua dan lima tahun ke atas empat orang warga Bangladesh selepas mereka mengaku bersalah mengumpul wang bagi komplot yang dikatakan komplot ganas pejuang Islam di tanah air mereka.

Bangladesh, yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam berdepan siri-siri serangan kejam ke atas bloger sekular dan minoriti agama baru-baru ini, dengan lelaki-lelaki bersenjata membunuh 20 tebusan terutamanya warga asing di sebuah restoran kelas tinggi di bandar Dhaka awal bulan ini. Kumpulan IS mengaku bertanggung jawab ke atas serangan itu.

Hakim Daerah Kessler Soh berkata dalam menjatuhkan hukuman bahawa pengganasan adalah merupakan ‘ancaman yang bukan saja kepada masyarakat kita bahkan masyarakat antarabangsa pada umumnya.

Dokumen mahkamah mengatakan lelaki-lelaki itu telah menyumbang, mengumpul atau memiliki dana bagi komplot yang dikatakan itu, dari Sg$60 hingga SG$1,360 untuk membantu membiayai kempen ganas di tanah air mereka.

‘Membiayai pengganas atau sebarang tindakan yang membantu pengganasan mesti dikecam dan dihalang,” kata hakim.Ketua kumpulan itu Rahman Mizanur, 31 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun. Dua orang lagi, setiap mereka dipenjara dua tahun setengah dan lelaki keempat dijatuhi hukuman dua tahun.

Keempat-empat mereka, tersangka-tersangka pertama yang didakwa di Singapura di bawah undang-undang baru iaitu undang-undang anti keganasan dihadapkan ke mahkamah dengan tangan dan kaki mereka dirantau dan di bawah kawalan ketat keselamatan oleh anggota-anggota unit elit Gurkha negara itu.

Pihak pendakwa raya berkata kumpulan itu telah membentuk pertubuhan digelar “Kerajaan Islam Bangladesh (ISB) yang juga merancang menggulingkan kerajaan Bangladesh ‘dengan keadaan perjuangan bersenjata untuk menubuhkan sebahagian khalifah di Bangladesh.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA