Empayar lembu Australia tidak dijual

Empayar lembu Australia tidak dijual

CANBERRA, Australia, 4 Mei (AP) – Kerajaan Australia tidak akan menjual empayar ternakan lembu terbesarnya kepada orang asing, kata bendahari hari ini selepas menyekat satu pengambilalihan oleh sebuah konsortium pimpinan China.

Dakang Australia Holdings yang berpangkalan di China semalam menarik balik permohonannya untuk membeli 80 peratus saham dalam pemilikan tanah persendirian terbesar di Australia, S. Kidman & Co Ltd., selepas Bendahari Scott Morrison pada minggu lalu mengumumkan satu pandangan awam mengatakan jualan itu adalah bercanggahan dengan kepentingan negara. Morrison berkata hari ini sebab utama beliau menentang penjualan berjumlah 371 juta dolar Australia itu adalah pengumpulan ladang ternakan lembu adalah terlalu besar.

“Hasil daripada keputusan yang saya ambil pada minggu lalu, pemilikan tanah terbesar di Australia tidak akan dijual kepada orang luar,” beritahu Morrison kepada Kelab Akhbar Nasional. “Perlu adanya had dan ia adalah terlalu bersar.”

S. Kidman & Co Ltd memiliki 10 ladang ternakan lembu, ladang pembaka lembu dan kawasan makan merangkumi 101,411 kilometer persegi di empat negeri. Ia adalah satu kawasan yang lebih besar daripada Korea Selatan dan hampir saiz negeri Virginia di AS.

Morrison berkata syarikat yang ditubuhkan oleh raja daging lembu Sir Sidney Kidman pada 1899 mungkin dijual kepada pemilikan asing jika kerajaan berubah pada pilihan raya pada Julai.

Pengarah urusan Kidman Greg Campbell berkata beliau menjangka consortium, dipimpin oleh subsidiari Kumpulan Shanghai Pengxin, akan kembali selepas pilihan raya dengan tawaran baru untuk bidang tanah yang lebih kecil atau dengan jumlah wang pelabur Australia yang lebih tinggi. Morrison tidak memberikan panduan mengenai jumlah tanah Kidman yang mungkin dibenarkan dibeli oleh China, kata Campbell.

“Kemungkinan besar mereka akan kembali dengan permohonan semula selepas pilihan raya dan menyingkirkan histeria populis,” kata Campbell.

Pemilikan tanah ladang asing merupakan satu isu yang semakin sensitif di Australia, di mana ramai orang bimbang ladang milik China itu mungkin membekal hasil keluaran dari Australia kepada syarikat induk China pada harga diskaun atau enggan menjual kepada pembeli Australia.

ARTIKEL YANG SAMA