Emperor’s Court terima sijil halal

Emperor’s Court terima sijil halal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Restoran Emperor’s Court kini telah disahkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) sebagai restoran makanan Cina yang halal apabila menerima sijil halal, baru-baru ini.

Pengumuman mengenai penerimaan sijil halal berkenaan telah dibuat di restoran berkenaan yang berada di bawah pengurusan Grand Imperial Kitchen, di Hua Ho Mall, Manggis, petang tadi.

Pengurus restoran tersebut, Yi Biyi telah melahirkan perasaan bangga atas penerimaan sijil halal dari MUIB, yang mana restoran tersebut telah menjalani pemeriksaan terperinci untuk memastikan kehalalan dan kualiti hidangan kepada pelanggan mereka.

Di samping itu, dengan adanya sijil halal ini, pelanggan akan lebih yakin untuk menikmati hidangan-hidangan makanan ala cina seperti daging goreng lada sulah, cendawan shameji dengan sayur kailan, kupang bakar keju ayam dengan beancurd yang disediakan secara halal sebagai beberapa pilihan makanan popular yang boleh diperolehi di Restoran Kitaro.

Antara peraturan bagi mendapatkan sijil halal dari MUIB, pemilik hendaklah memastikan tempat-tempat perniagaan itu mempunyai sekurang-kurangnya dua orang ‘Penyelia Makanan Halal’ yang telah diperakui oleh MUIB.

Yi Biyi (kiri) dan Penolong Pengurus Restoran Emperor’s Court, Addol bin Dollah (kanan) ketika menunjukkan sijil halal dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).
Yi Biyi (kiri) dan Penolong Pengurus Restoran Emperor’s Court, Addol bin Dollah (kanan) ketika menunjukkan sijil halal dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Ini bermaksud penyelia berkenaan merupakan seorang pekerja beragama Islam yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara halal haram yang berkaitan dengan makanan dan bertanggungjawab mengawal kehalalan produk makanan dan hal-hal penyediaan dan pengendalian bahan-bahannya.

Penyelia itu juga harus memeriksa penggunaan peralatan yang dimasak termasuk alat, perkakas atau sebagainya yang digunakan di tempat perniagaan tersebut.

Daging kambing bakar antara masakan utama Emperor’s Court yang menjadi pilihan ramai.
Daging kambing bakar antara masakan utama Emperor’s Court yang menjadi pilihan ramai.
Antara hidangan menyelerakan di Emperor’s Court.
Antara hidangan menyelerakan di Emperor’s Court.

Manakala itu, penyelia makanan halal hendaklah bertugas di tempat perniagaan yang dipohonkan sahaja dan tidak boleh ditugaskan di cawangan yang lain kecuali dengan kebenaran.

Di samping itu, penyelia tersebut hendaklah memastikan bahawa mana-mana kawasan, tempat, kenderaan barang atau peralatan yang digunakan bagi penyediaan dan tempat penyimpanan atau pengangkutan jika pernah bersentuh atau berdekatan dengan najis, hendaklah dibersihkan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Piawaian Brunei Darussalam PBD 24:2006 mengenai Makanan Halal.

Dalam pada itu, bersempena dengan bulan Ramadan ini, restoran tersebut turut menyediakan promosi Bufet Sungkai ‘Cantonese Chinese & Local Style’ bermula 6 petang hingga 9 malam.

Pelanggan juga boleh menikmati hidangan Sahur DimSum bermula dari 11 malam hingga 2 pagi yang menyajikan lebih 40 pilihan Dim Sum.

ARTIKEL YANG SAMA