Emre Mor sertai Dortmund

Emre Mor sertai Dortmund

DORTMUND, Jerman, 8 Jun – Borussia Dortmund meneruskan untuk merombak pasukan mereka bagi saingan ketika ini dan masa akan datang dengan mengikat pemain muda berbakat dari Denmark-Turki Emre Mor sehingga 2021.

“Emre Mor adalah pemain yang sangat berbakat dengan kepelbagaian dalam serangan yang cukup besar dan potensi kemajuan besar,” pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc berkata mengenai pemain berusia 18 tahun itu.

Mor dilahirkan di Copenhagen namun juga mempunyai pasport Turki. Dia ketika bersedia untuk memulakan kempen Euro 2016 bersama Turki. Pada musim lepas dia bermain bersama kelab ternama di Denmark iaitu FC Nordsjaelland.

Emre Mor dalam latihan bersama pasukan Turki menjelang Euro 2016. – AFP
Emre Mor dalam latihan bersama pasukan Turki menjelang Euro 2016. – AFP

“BVB adalah kelab yang baik Eropah yang mempunyai penyokong-penyokong unik. Saya tidak sabar untuk menemui rakan sepasukan baru saya dan tidak sabar bagi musim baru untuk bermula dan membuat penampilan pertama saya bersama Dortmund,” kata Mor.

Mor adalah pemain kelima terbaru Dortmund bagi musim akan datang setelah Marc Bartra dari Barcelona, Sebastian Rode dari Bayern Munich, Ousmane Dembele dari Stades Rennes dan Mikel Merino dari Osasuna. – dpa