EMS fokus utama Hitachi di ASEAN

EMS fokus utama Hitachi di ASEAN

TOKYO, 2 Nov (Bernama) – Pasaran sistem pengurusan tenaga (EMS) akan menjadi pemacu utama bagi Hitachi Ltd dalam Perniagaan Inovasi Sosial (SIB) di Malaysia dan negara ASEAN yang lain.

Syarikat teknologi Jepun itu yang kini melaksanakan kempen SIB bagi edisi tahun keenamnya, telah mengenal pasti bahawa ASEAN amat memerlukan EMS, memandangkan penggunaan terhadap tenaga telah menjadi isu utama dengan sektor perniagaan berusaha keras memaksimumkan kos tenaga.

“Kami mempunyai bidang kepakaran, teknologi, malah menghasilkan komponen utama sendiri, yang bermakna kami peka dengan mesin yang perlu digunakan oleh syarikat.

“Sebagai contoh, set penyaman udara yang sesuai, pencahayaan, infrastruktur dan teknologi maklumat (IT) diperlukan untuk mengurangkan dan memantau penggunaan tenaga,” kata Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan Perniagaan Inovasi Sosial Kumpulan Hitachi Asia (M) Sdn Bhd, Chew Huat Seng.

Beliau memberitahu wartawan Malaysia di luar acara Forum Inovasi Sosial Hitachi di Tokyo, Jepun.

Usaha sama pertama Hitachi di Malaysia ialah bersama Kumpulan Sunway melaksanakan projek perintis yang siap pada 1 Jun, di Menara Sunway, dengan bangunaan terbabit kini menyaksikan pengurangan dalam pengguaan tenaga.

Selain EMS, Hitachi juga merupakan syarikat pembekal terbesar dalam sektor minyak dan gas dan kepada syarikat seperti Shell dan Petronas.

Ini termasuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS.

Operasi lain Hitachi termasuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem tenaga untuk Tenaga Nasional Bhd dan usaha sama penyelidikan dengan Universiti

Teknologi Petronas (UTP) yang menggunakan kepakaran syarikat untuk menyokong IT Petronas dan teknologi mekanikal dalam tempoh lima tahun akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA