Enam ahli BDNAB sertai seminar

Enam ahli BDNAB sertai seminar

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Enam orang ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), pagi tadi, telah berlepas ke Kuala Lumpur untuk menyertai Seminar & Pameran Literasi Braille Nusantara 2016 yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Seminar anjuran KL Braille Resources dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur dan perasmiannya dijangka disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris bin Jusoh,

Rombongan dari BDNAB berkenaan terdiri daripada Presidennya, Awang Muhammad Jamary bin Danggat; Timbalan Presiden, Awang Muhammad Hamzi bin Omar; Setiausaha Agung, Dayang Noor Ani Adriana binti Awang Adanan; Timbalan Bendahari Agung, Awang Muhammad Hazim bin Pengiran Haji Mumin; Pengerusi Unit Pendidikan, Dayangku Soffiezah binti Pengiran Haji Abu Bakar; dan ahli penyokong, Dayang Rukiah binti Nawang.

Enam orang ahli BDNAB bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Enam orang ahli BDNAB bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Pembentangan seminar merangkumi berbagai isu penting berkaitan kemajuan dan kesejahteraan masyarakat cacat penglihatan seperti kebajikan, intervensi awal, pendidikan di sekolah serta universiti, pekerjaan, dan kerjaya usahawan.

Sementara itu, pameran teknologi Braille dan produk keperluan khas serta demo aktiviti menjanjikan pengalaman baru dan pengetahuan berguna kepada para pengunjung.

ARTIKEL YANG SAMA