Enam anggota keluarga dibunuh di Vietnam

Enam anggota keluarga dibunuh di Vietnam

HANOI, 7 Julai (dpa) – Enam anggota daripada keluarga kaya di selatan Vietnam ditemui dibunuh hingga mati di kediaman mereka awal hari ini selepas kelihatannya rumah mereka telah dipecah masuk, menurut laporan berita.

Mangsa termasuk suami berusia 47 tahun, isterinya dan dua anak mereka serta seorang budak lelaki berusia 10 tahun. Anak saudara lelaki dan perempuan pasangan itu juga telah dibunuh, sementara anak perempuan mereka berusia dua tahun tidak dicederakan.

Polis telah membuat satu tangkapan dan mencari suspek lain. Lapor akhbar Thanh Nien.

Pembunuhan itu diketahui sekitar 8 pagi (0100 GMT) oleh seorang jiran di Daerah Chon Thanh wilayah Binh Phuoc. Akhbar Tuoi Tre melaporkan, sekitar 90km utara bandar Ho Chi Minh City.

Polis memberitahu para wartawan bahawa keluarga itu, yang memiliki sebuah kilang kayu dengan lebih 100 pekerja, kelihatannya telah disasarkan oleh perompak.

Suspek memecah masuk ke dalam rumah itu awal hari ini dan mengikat enam mangsa ke tiga tiang, menurut laporan berita.

ARTIKEL YANG SAMA