Enam atlet negara berlepas ke Singapura

Enam atlet negara berlepas ke Singapura

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Seramai enam orang atlet veteran (empat lelaki dan dua wanita), hari ini, berlepas ke Singapura bagi menyertai Kejohanan Olahraga Asian Masters kali ke-19 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Kallang, di sana.

Hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada barisan atlet yang diketuai oleh Setiausaha Agong Persatuan Atlet Veteran, Hajah Mariah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas ialah Presiden Atlet Veteran Brunei Darussalam, Haji Abdul Razak bin Bungsu.

Kejohanan yang akan bermula pada 4 hingga 8 Mei itu merupakan penyertaan negara buat kali ke-5 dan kali ini pasukan negara akan menyertai acara Larian 5,000 meter, Lompat Jauh, Rejam Lembing, Lempar Piring, Lompat Pagar, 100 meter dan Jalan Kaki 5 kilometer.

Kejohanan berkenaan akan disertai oleh 32 buah negara Asia dan menampilkan lebih 2,000 penyertaan dalam acara sukan olahraga, balapan dan padang.

Bergambar ramai sebelum berlepas ke Singapura semalam.
Bergambar ramai sebelum berlepas ke Singapura semalam.

ARTIKEL YANG SAMA